Tempat Menarik di Sabah: Panduan untuk Merancang Sabah Trip Anda
Admin•12 Feb 2026•Travel Tips
Sabah, yang terletak di bahagian utara pulau Borneo, adalah khazanah keajaiban alam semula jadi dan keseronokan budaya. Daripada pulau-pulau yang masih asli kepada hutan hujan yang subur, negeri ini menawarkan pelbagai tarikan yang akan memikat hati mana-mana pengembara. Artikel ini akan membawa anda mengembara melalui beberapa tempat-tempat menarik di beberapa bandar-bandar di sekitar negeri Sabah yang boleh anda pertimbangkan ketika merancang Sabah trip anda.
Sebagai ibu kota Sabah, Kota Kinabalu berfungsi sebagai pintu masuk utama bagi pengembara yang melawat negeri ini. Bandar yang meriah ini menawarkan gabungan kemudahan bandar dan keindahan semula jadi, menjadikannya titik permulaan yang hebat untuk pengembaraan Sabah anda.
Mulakan penerokaan anda ke bandar tersebut dengan melawat Taman Bandar Kota Kinabalu (Kota Kinabalu City Park), sebuah taman indah yang terletak di tengah-tengah bandaraya. Taman ini menawarkan suasana yang hijau dan menyegarkan dengan padang rumput luas, taman bermain untuk kanak-kanak, dan kolam air mancur yang menarik perhatian. Ia merupakan tempat yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk bersantai, beriadah bersama keluarga, dan melakukan aktiviti sukan.
Berdekatan dengan taman tersebut, lawati Jalan Gaya (Gaya Street) pada hari Ahad untuk menikmati pasar Ahadnya yang disukai ramai. Dipenuhi dengan para pengunjung, Pasar Ahad Gaya Street adalah destinasi membeli-belah riuh yang terkenal dengan barangan seperti cenderamata, pakaian, aksesori, hasil pertanian tempatan, dan makanan tempatan yang lazat.
Untuk peminat pantai, kunjungilah Pantai Tanjung Aru, sebuah pantai popular yang terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar. Ianya menawarkan pasir putih yang indah, air laut yang tenteram dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Para pengunjung gemar berjemur di bawah sinaran matahari, berenang dalam air yang menyegarkan, atau menikmati pelbagai aktiviti seperti berjogging, bermain layang-layang, dan memancing. Tambahan lagi, terdapat pelbagai tempat makanan di sekeliling pantai tersebut yang menghidangkan jus buah sedap dan hidangan laut yang segar.
Selain itu, anda boleh berjalan-jalan sambil menikmati hembusan bayu di atas jeti Terminal Feri Jesselton Point, mahupun menikmati makanan laut sedap di restoran-restoran di sekitar terminal tersebut. Terminal ini adalah tempat di mana para pengunjung akan menaiki bot untuk melawat pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu. Ambillah peluang menjunjung Taman Laut Tunku Abdul Rahman, gugusan lima pulau yang menakjubkan yang dikelilingi oleh air yang jernih, dengan menaiki bot singkat dari Kota Kinabalu. Taman marin ini terdiri daripada lima pulau yang menakjubkan iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, dan Pulau Sulug. Setiap pulau menawarkan daya tarikan tersendiri, daripada terumbu karang yang meriah di Pulau Sapi ke pantai berpasir putih yang tenang di Pulau Manukan. Anda boleh menjelajah di sekitar pulau-pulau tersebut untuk menikmati keindahan semulajadi yang eksotik dan menakjubkan, atau membuat aktiviti-aktiviti seronok seperti menyelam, berenang, dan bersantai di pantai.
Ini adalah sebilangan kecil daripada tempat menarik Kota Kinabalu yang boleh anda kunjungi. Layarilah laman web Trip.com untuk panjangkan senarai tempat untuk dikunjungi. Dari Kota Kinabalu, marilah kita mengambil perjalanan selama lebih kurang sejam lebih, ke Ranau.